Hari Pertama (Sabtu 11/12/2010)
Bertolak pukul 10 pagi ke Cameron Highland. Sampai di sana lebih kurang pukul 12 tgh hari. So, destinasi pertama yg dituju adalah Ladang Strawberi ler....sbbnya jumpa kawasan tu dulu. Lgpun masing2 nak buang air kecil, xtahan sejuk.hehehehhe. Dah selesai buang hajat tu, apa lagi mula aktiviti meninjau kawasan kebun strawberi. Mak mertua AQ punya teruja la (xpernah sampai katakan), dia petik buah strawberi sampai penuh bakul tu.xpe la sekali sekala punya pasal, berapa harga pun dia sanggup bayar.
Dah puas di ladang strawberi tu, km meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. Punya la ramai orang sampai 'jem' la jln kat sana. Biasala, sampai pun dah t/hari. Masing2 lapaq la. nak cari kedai makan pun susah. Bukan susah apa, susah cari tempat parking. Bila dah jumpa parking, terus la pi makan. Selesai makan pi masjid plak, nak solat. Solat jgn lupa walau di mana kita berada. Punya la sejuk air macam ketul ais.....tapi dah tanggunjawab,kena tunaikan juga.
Destinasi akhir adalah ladang teh....time tu hujan makin turun mencurah2. Berhenti sekejap je, minum2 air teh panas di situ. Pastu, km meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Turun ikut Tapah, punya la pening kepala dibuatnya....cian kat abang, drive la sorg2.
Kiranya, seharian km di Cameron tapi xsemua tempat km tinjau...bg lepas hajat org tua jer xpernah pegi..km sampai di Shah Alam lebih kurang jam 9.30 mlm. Tidur di rumah rehat UiTM, Shah Alam. Tido puas2 esok nak teruskan perjalanan ke Seremban,N9 plak.
Hari Kedua ( Ahad 12/12/2010)
Sebelum bertolak ke Seremban, km ubah plan sket. Bawa mak mertua pi naik komuter dulu....Dari S.Alam ke KL Sentral. Ingatkan pastu nak naik monorel plak, tapi mak cik (adik mak mertua) kat Seremban dah call tanya bila nak sampai nie. So, km naik blik komuter blik S.Alam.
(tengah tunggu komuter kat stesen S.Alam)
Km meneruskan perjalanan ke Seremban. Lebih kurang jam 3.30 ptg, km sampai kat umah Chik kat Taman Paroi Jaya. Apa lg dgn hidangan yang siap terhidang di atas meja , pakat serbu pi makan la dulu....hehhehe...masing2 dah lapar. Tak lama selepas itu ('ceh' ayat skema la plak), anak, menantu dan cucu2 Chik sampai. Siap bawa kek birthday Kyra lagi (cucu Chik). Kebetulan hari km sampai tu, birthday cucu Chik. So, km pun sambut bersama2....pas pada tu, km pun melepak la kat umah Chik jer, menghilangkan letih dah 2 hari berjalan nie.
Malam, dlm pkl 9.30 Chik ajak pi umah anak dia. Dekat2 situ gak la....rupa2nya, nak bawa kami makan 'nasi mandi'. Sedapnyer.....tapi letih punya pasal, makan sepinggan jer.
Pas makan jer (kedai pun nak tutup jam 11.00 mlm), pegi semula umah anak Chik..jap jer la duk melepak sambil borak2. Masing2 pun dah ngantuk, balik tidur umah Chik dekat jam 12.00 tgh mlm gak la.
Hari Ketiga (Isnin 13/12/2010)
Hari nie kami duk melepak jer la kat umah Chik. Chik pun rajin masak. Macam2 dia masak kat km sekeluarga...yg budak2 tak ingat apa dah, asyik main jer la dlm umah.
Petang, pas asar jgk la baru la kami dibawa berjalan ke Melaka. Bila dah petang kuar, tak byk tempat la dapat pegi. Kami sempat melawat Menara Taming Sari jer, tu pun dah pukul 7.00 mlm. Dengan bayaran RM10.00 seorang dewasa, RM5.00 seorang kanak2, km pun naik la (nak merasa jgk la dah sampai). Sory, gambar xde...ambil video jer. Best jgkla, dapat tgk pemandangan sekitar Melaka dari atas menara pada waktu malam. Anak AQ, Afnan gayat sket tempat2 tinggi nie. Siap tutup mata masa bergerak naik, tapi masa bergerak turun baru sibuk minta teropong nak tgk luar. Inilah ragam budak2.
Kemudian kami bertolak ke Umbai, tempat popular makan makanan laut. Yg special nyer makan dgn nasi lemak. Kalu kat tempat kita, makan ngan nasi putih jer. AQ cuma mampu tgk org makan jer la, sbb xmkn ikan. Alhamdulillah ada gak sotong goreng tepung ngan ketam masak sambal, dapatla AQ aku makan dgn berselera....hehehheh...pas mkn balik la,apa tunggu lagi. Dah ngantuk. Cian kat drive la....nak pandu balik Seremban lak mlm2 buta. Sampai umah Chik dlm pkl 12.00 tgh mlm. Kiranya nie mlm kedua di rumah Chik, esok ada agi semalam. Mana plak nak pegi esok????
Hari Keempat (Selasa 14/12/2010)
Hari nie abg Latif (abg ipar AQ) ada hal di S.Alam, sorg dia jer pi. Km duk melepak la kat umah Chik. Pastu, AQ ngan my hubby and my son si kecik tu kuar jap....konon2 nak cari tali pinggang (lupa bawa mai). Kami pi la Tesco kat Seremban 2. Pusing2 punya pusing tak berkenan plak, balik. Singgah sat kat Terminal One....uih, lama sungguh xmai sini. Dah dekat 10 thn gak la kan. Teringat zaman belajaq dulu, naik bas kat situ. Nak pi shoppng ka, nak melepak ka....hahhahha, tu cerita lama.
Petang, mcm biasa la pas asar, km bertolak ke Nilai 3...sampai dlm pkl 6.00 ptg. Fuh....besaq nyer tempat (mcm la AQ xpernah sampai..heheheh). Ronda punya ronda, satu apa pun xbeli...ntah tgh tak berminat. Bukan apa, mai ngan Myvi mana muat nak bawa blik brg nanti. Tapi mak mertua AQ beli la...teringin bekas bertutup macam kat umah Chik.
Dah puas duk menapak kat Nilai 3, km bertlak pulang ke Seremban balik. Kali nie singgah jap kat Jusco utk menjamu mata. Pastu km dibawa makan kat restoren makanan cina - halal yer (milik cina muslim). Makanan kat situ sedap2 gak. Macam2 menantu Chik order, ayam ada, ikan ada, telur ada, ostrich pun ada (sedap,daging dia lembut)....semuanya dimasak cara ala2 masakan cina la. Than, pas makan balik la...tapi sempat la ronda2 pekan senawang sat. Macam biasa, sampai umah Chik dlm pkl 12 tgh mlm....
Hari Kelima (Rabu 15/12/2010)
Hari nie hari terakhir perjalanan kami sekeluarga. Sedih plak nak balik nie...seronok duk umah Chik nie. Hehehhe...dapat makan + penginapan free. Hari nie km kuar awal la sket mcm biasa, awal tak awal pkl 11 gak la. Singgah kat UiTM S.Alam sat, abg Latif ada hal kat situ. Pastu pi berkelah kat Tasik S.Alam dgn bekalan yg diberi oleh Chik. Nasi ngan ayam masak cili padi...yum yum yum...sedap. Tima Kasih Chik....Pas mkn pi solat kat Masjid S.Alam, solat jgn lupa tau!!!
Makan dah, solat pun sudah. Kami meneruskan perjalanan ke Damansara...tempat yg dituju adalah IKEA. Penat jgk la memusing dlm IKEA tu. byk decoration yg boleh dilihat, semuanya menarik. Geram tgk....
tak caya tgk bawah nie...nie je yg sempat aku rakam,konon2 nak blik buat kat umah nanti kalu ada DUIT la.
Dah puas meronda dan beli apa2 yg patut sket, kami pun bertolak balik ke destinasi masing2, rumah sendiri la.....tapi sebelum tu singgah solat maghrib ngan isyak dan makan2 kat hentian Tapah. Pukul 10.00 mlm masing2 berpecah la, bawa haluan masing2. AQ bersama suami serta anak2 singgah sebentar umah mak mertua, nak antaq dia blik sambil tu nak ambik baju tertinggal (pkl 12 tgh mlm). manakala abg Latif sekeluarga terus balik ke rumah mereka la....Kami sampai umah pkl 2.3 pagi.
Alhamdulillah...perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik dengan selamat. Walaupun byk tempat tak sempat nak melawat, kami seronok gak. Janji dapat gak cuti-cuti Malaysia, sambil tu merelaxkan minda yg asyik duk fikir kerja je. Terima kasih abang, bawa saya jalan2 bersama anak2. I LOVE U VERY MUCH


