Sunday, October 24, 2010

Teman SerumahKu...Wan Sobar

Inilah teman serumahku sejak Ogos 2008 hingga Jun 2010 ketika aku berada di TMJ,Kampar,Perak.....terima kasih diucapkan atas segala bantuan yg dihulur.
Cian dia skrg,duduk sorg2 jer kat TMJ tu.....xpe la kba, demi mencari rezeki yg halalkan.hehehheheheheh.
Nie gambar ketika hari terakhir aku bersama udin di Kampar. Rindunyer kat umah No.6 tu. Bila la nak sampai sana plak kan???? teringat kat masakan Kba terutama laksam. Sedap hingga menjilat pinggan.

Saturday, October 23, 2010

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

Petua ini sy dapatkan dari laman FB.mg kita manfaatkan bersama2 buat panduan..........

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Kenangan di IPPP 2007

Di rumah En Nasir (KJ selaku mentor kami)

Di laluan ke bilik kuliah A dan B

Ketika BTN, Wang Kelian,Perlis

Program Luar, Pulau Tuba, Langkawi

Inilah sebahagian kenangan aku ketika setahun di IPPP. Banyak kenangan pahit dan manis bersama2 kawan.
Yang baik dijadikan teladan, yg buruk buang jauh2.....mg kwn2 sekalian dapat berbakti pada anak bangsa kita.

Sekolah baru,Bangunan baru

Ramai yg belum dengar kan SK IPGM,Perlis. Kadang tu pi mana2 la,org tanya "ngajar sekolah mana,cikgu?" sy bgtau la, SK IPGM. Sek kat mana tu???? kat dlm maktab,Perlis. La, ada sekolah rupanya. Mcm tu la citernya....xlama lg,semua warga SK IPGM akan berpindah ke bangunan baru. Puas jugakla dok menyental dlm bilik guru tadi....lepas nie pakat2 dpt kerusi meja baru la. Tapi jgn lupa CCTV pun ada.hahahhaha (sory gambar blum tangkap lg)