Saturday, December 18, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA 2010

Hari Pertama (Sabtu 11/12/2010)

       Bertolak pukul 10 pagi ke Cameron Highland. Sampai di sana lebih kurang pukul 12 tgh hari. So, destinasi pertama yg dituju adalah Ladang Strawberi ler....sbbnya jumpa kawasan tu dulu. Lgpun masing2 nak buang air kecil, xtahan sejuk.hehehehhe. Dah selesai buang hajat tu, apa lagi mula aktiviti meninjau kawasan kebun strawberi. Mak mertua AQ punya teruja la (xpernah sampai katakan), dia petik buah strawberi sampai penuh bakul tu.xpe la sekali sekala punya pasal, berapa harga pun dia sanggup bayar.


      Dah puas di ladang strawberi tu, km meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. Punya la ramai orang sampai 'jem' la jln kat sana. Biasala, sampai pun  dah t/hari. Masing2 lapaq la. nak cari kedai makan pun susah. Bukan susah apa, susah cari tempat parking. Bila dah jumpa parking, terus la pi makan. Selesai makan pi masjid plak, nak solat. Solat jgn lupa walau di mana kita berada. Punya la sejuk air macam ketul ais.....tapi dah tanggunjawab,kena tunaikan juga.
     Destinasi akhir adalah ladang teh....time tu hujan makin turun mencurah2. Berhenti sekejap je, minum2 air teh panas di situ. Pastu, km meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Turun ikut Tapah, punya la pening kepala dibuatnya....cian kat abang, drive la sorg2.


      Kiranya, seharian km di Cameron tapi xsemua tempat km tinjau...bg lepas hajat org tua jer xpernah pegi..km sampai di Shah Alam lebih kurang jam 9.30 mlm. Tidur di rumah rehat UiTM, Shah Alam. Tido puas2 esok nak teruskan perjalanan ke Seremban,N9 plak.

Hari Kedua ( Ahad 12/12/2010)

      Sebelum bertolak ke Seremban, km ubah plan sket. Bawa mak mertua pi naik komuter dulu....Dari S.Alam ke KL Sentral. Ingatkan pastu nak naik monorel plak, tapi mak cik (adik mak mertua) kat Seremban dah call tanya bila nak sampai nie. So, km naik blik komuter blik S.Alam.

(tengah tunggu komuter kat stesen S.Alam)

      Km meneruskan perjalanan ke Seremban. Lebih kurang jam 3.30 ptg, km sampai kat umah Chik kat Taman Paroi Jaya. Apa lg dgn hidangan yang siap terhidang di atas meja , pakat serbu pi makan la dulu....hehhehe...masing2 dah lapar. Tak lama selepas itu ('ceh' ayat skema la plak), anak, menantu dan cucu2 Chik sampai. Siap bawa kek birthday Kyra lagi (cucu Chik). Kebetulan hari km sampai tu, birthday cucu Chik. So, km pun sambut bersama2....pas pada tu, km pun melepak la kat umah Chik jer, menghilangkan letih dah 2 hari berjalan nie.
      Malam, dlm pkl 9.30 Chik ajak pi umah anak dia. Dekat2 situ gak la....rupa2nya, nak bawa kami makan 'nasi mandi'. Sedapnyer.....tapi letih punya pasal, makan sepinggan jer.


      Pas makan jer (kedai pun nak tutup jam  11.00 mlm), pegi semula umah anak Chik..jap jer la duk melepak sambil borak2. Masing2 pun dah ngantuk, balik tidur umah Chik dekat jam 12.00 tgh mlm gak la.

Hari Ketiga (Isnin 13/12/2010)

      Hari nie kami duk melepak jer la kat umah Chik. Chik pun rajin masak. Macam2 dia masak kat km sekeluarga...yg budak2 tak ingat apa dah, asyik main jer la dlm umah.
      Petang, pas asar jgk la baru la kami dibawa berjalan ke Melaka. Bila dah petang kuar, tak byk tempat la dapat pegi. Kami sempat melawat Menara Taming Sari jer, tu pun dah pukul 7.00 mlm. Dengan bayaran RM10.00 seorang dewasa, RM5.00 seorang kanak2, km pun naik la (nak merasa jgk la dah sampai). Sory, gambar xde...ambil video jer. Best jgkla, dapat tgk pemandangan sekitar Melaka dari atas menara pada waktu malam. Anak AQ, Afnan gayat sket tempat2 tinggi nie. Siap tutup mata masa bergerak naik, tapi masa bergerak turun baru sibuk minta teropong nak tgk luar. Inilah ragam budak2.
    Kemudian kami bertolak ke Umbai, tempat popular makan makanan laut. Yg special nyer makan dgn nasi lemak. Kalu kat tempat kita, makan ngan nasi putih jer. AQ cuma mampu tgk org makan jer la, sbb xmkn ikan. Alhamdulillah ada gak sotong goreng tepung ngan ketam masak sambal, dapatla AQ aku makan dgn berselera....hehehheh...pas mkn balik la,apa tunggu lagi. Dah ngantuk. Cian kat drive la....nak pandu balik Seremban lak mlm2 buta. Sampai umah Chik dlm pkl 12.00 tgh mlm. Kiranya nie mlm kedua di rumah Chik, esok ada agi semalam. Mana plak nak pegi esok????

Hari Keempat (Selasa 14/12/2010) 

     Hari nie abg Latif (abg ipar AQ) ada hal di S.Alam, sorg dia jer pi. Km duk melepak la kat umah Chik. Pastu, AQ ngan my hubby and my son si kecik tu kuar jap....konon2 nak cari tali pinggang (lupa bawa mai). Kami pi la Tesco kat Seremban 2. Pusing2 punya pusing tak berkenan plak, balik. Singgah sat kat Terminal One....uih, lama sungguh xmai sini. Dah dekat 10 thn gak la kan. Teringat zaman belajaq dulu, naik bas kat situ. Nak pi shoppng ka, nak melepak ka....hahhahha, tu cerita lama.
    Petang, mcm biasa la pas asar, km bertolak ke Nilai 3...sampai dlm pkl 6.00 ptg. Fuh....besaq nyer tempat (mcm la AQ xpernah sampai..heheheh). Ronda punya ronda, satu apa pun xbeli...ntah tgh tak berminat. Bukan apa, mai ngan Myvi mana muat nak bawa blik brg nanti. Tapi mak mertua AQ beli la...teringin bekas bertutup macam kat umah Chik.
     Dah puas duk menapak kat Nilai 3, km bertlak pulang ke Seremban balik. Kali nie singgah jap kat Jusco utk menjamu mata. Pastu km dibawa makan kat restoren makanan cina - halal yer (milik cina muslim). Makanan kat situ sedap2 gak. Macam2 menantu Chik order, ayam ada, ikan ada, telur ada, ostrich pun ada (sedap,daging dia lembut)....semuanya dimasak cara ala2 masakan cina la. Than, pas makan balik la...tapi sempat la ronda2 pekan senawang sat. Macam biasa, sampai umah Chik dlm pkl 12 tgh mlm....

Hari Kelima (Rabu 15/12/2010)

      Hari nie hari terakhir perjalanan kami sekeluarga. Sedih plak nak balik nie...seronok duk umah Chik nie. Hehehhe...dapat makan + penginapan free. Hari nie km kuar awal la sket mcm biasa, awal tak awal pkl 11 gak la. Singgah kat UiTM S.Alam sat, abg Latif ada hal kat situ. Pastu pi berkelah kat Tasik S.Alam dgn bekalan yg diberi oleh Chik. Nasi ngan ayam masak cili padi...yum yum yum...sedap. Tima Kasih Chik....Pas mkn pi solat kat Masjid S.Alam, solat jgn lupa tau!!!
   Makan dah, solat pun sudah. Kami meneruskan perjalanan ke Damansara...tempat yg dituju adalah IKEA. Penat jgk la memusing dlm IKEA tu. byk decoration yg boleh dilihat, semuanya menarik. Geram tgk....
tak caya tgk bawah nie...nie je yg sempat aku rakam,konon2 nak blik buat kat umah nanti kalu ada DUIT la.




      Dah puas meronda dan beli apa2 yg patut sket, kami pun bertolak balik ke destinasi masing2, rumah sendiri la.....tapi sebelum tu singgah solat maghrib ngan isyak dan makan2 kat hentian Tapah. Pukul 10.00 mlm masing2 berpecah la, bawa haluan masing2. AQ bersama suami serta anak2 singgah sebentar umah mak mertua, nak antaq dia blik sambil tu nak ambik baju tertinggal (pkl 12 tgh mlm). manakala abg Latif sekeluarga terus balik ke rumah mereka la....Kami sampai umah pkl 2.3 pagi.
    Alhamdulillah...perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik dengan selamat. Walaupun byk tempat tak sempat nak melawat, kami seronok gak. Janji dapat gak cuti-cuti Malaysia, sambil tu merelaxkan minda yg asyik duk fikir kerja je. Terima kasih abang, bawa saya jalan2 bersama anak2.  I LOVE U VERY MUCH

Tuesday, December 7, 2010


SALAM MAAL HIJRAH 1432H

       Salam Maal Hijrah buat semua kawan2 blog....mg penghijrahan tahun baru nie memberi sinar baru buat kita semua....Aminnnnnn....
      Marilah sama2 kita hayati lirik lagu Maher Zain nie....buat renungan kita bersama. (kalau nak nyanyi, nyanyi sendiri ye...xsempat nak download lagi video klip dia...hahahhaha)


TAJUK : INSYA ALLAH by Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Monday, December 6, 2010

Cerita hari ini

     Baru jer habis buat dadih utk anak2...nak beli xpadan sgt. satu dah RM1.50. kalu buat, dgn modal yg xseberapa la sgt, dh dpt dlm 20 lebih. kira ok la tu...time rajin, kalu malas beli jgk la. hehehheehh

(Dadih perisa jagung tersusun rapi dlm peti ais)

     Kali nie buat perisa jagung..mmg kegemaran satu family. kalu buat perisa lain, alamat lambat la nak abis nyer.Mcm nie kalu cuti. semua keje nak kena buat sendiri (sebelum nie pun buat sendiri gak la, mana la mampu nak cari bibik nie). Time malas tu, suh buat apa pun xnak. Biasala..... kdg2 mood nie xelok, kdg2 tu mood rajin terlebih plak. Nie baru umah kecil mcm nie, kalu lagi besar xlarat nak mengemas. Kemas kejap jer, ada la org yg nak tlg 'kabung' blik. Tension jgk la....
    Utk tgh hari plak, aku dh siap kan nasi ayam hainan (hahahhah.beli kat kedai jer). Yg nak mkn pun si kecik ngan abg dia, tambah sorg lg anak sedara. Duk main game kat blik belakang tu....asyik bergaduh jer dua2 org tu. Yg nie tekan xkena, yg sorg lg tinggi suara la. Mcm tu la bdk2 skrg. Main PS2 jer tau. Xmcm zaman AQ dulu, main batu seremban, congkak, getah zeropoint dll lagila.
    Ini la cerita serba sedikit tentang AQ hari nie...ada masa jumpa lagi.

Friday, December 3, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah kembali lagi...jap jer,dah 2mggu berlalu. Rasa mcm baru jer lagi mula cuti.
Awal2 cuti hari tu, AQ sekeluarga ke Bukit Merah. Ada family day CIMA 2hari. Okayla jgk dari duk melepak kat umah kan. tapi xleh nak bersuka ria mcm dulu sbb ada si kecik. Dia pun sbuk nak berenang, xmau naik pelampung langsung.
Yg si abg plak okayla sket. Dah pandai bawa diri...dia masuk satu acara jer la (kutip bola pingpong dlm kolam), dapatlah hadiah saguhati. Jadila dari xdapatkan. Gambar pun xleh nak snap (sbb simpan brg berharga dlm loker). Rugi jugakla xde gambar kenangan.
Mggu depan bertugas kat sekolah lak 3 hari (rabu,khamis dan jumaat). Pastu nak gi cuti2 malaysia kat N9. ada masa bole la ke Melaka terus, dh dekat sgt. Nak pi plak xtau bila kan.......
hehehhee..kay la, AQ nak chaw dulu, siap2 nak pi kenduri umah kawan kat kilang gula (bukan dlm kilang la, dekat taman situ).

Saturday, November 13, 2010

TAHNIAH ACS!!!!

Tahniah buat warga ACS terutama buat murid Tahun 6 yg mendapat 5A dlm UPSR yg diumumkan baru2 nie....rasa bangga gak w/pun dh xmengajar di ACS lagi. Apa2 pun AQ pernah jgkla menjadi warga pendidik di sekolah tu....heheheheehehe

Inilah wajah murid2 yg cemerlang dlm 5A (sory chuain,AQ copy gmbr nie)...18 orang semuanya ( sorg xhadir nie) .Tahniah jgk buat Cikgu Anita ngan Cikgu Rohani kerana anak mereka di antara murid yg mendapat 5A.

TAHNIAH!!!!! TAHNIAH!!!! TAHNIAH!!!!!!  ACS BOLEH!!!!!!!!!!

Monday, November 8, 2010

Pindah ke Bangunan Baru

Akhirnya......saat2 yg ditunggu telah tiba.Setelah beberapa kali mengubah tarikh utk masuk ke bangunan baru, maka hari nie 8/11/2010 (setelah bercuti 6 hari, cuti bencana + deepavali)  warga SK IPGM telah berpindah dari blok lama (tumpang bgnan maktab) ke bangunan baru (masih dlm kawasan maktab). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Terasa penat jgk la (buat2 penat) mengangkut barang dari bangunan lama ke bangunan baru. Nasib baik brg AQ xbyk seperti org lain berkotak2, aku cuma 2 kotak kecil je....jgn la jelous, ye la baru masuk 4,5 bulan ja sek nie (berpindah dari SK Methodist ACS Kampar bulan 6).

sebahagian ibu bapa yg menghantar anak2 ke bangunan baru...

murid2 yg datang hari ini,xsabar2 nak masuk kelas baru. terdapat sebahagian murid xdpt dtg kerana mendapat musibah bencana alam baru2 nie - banjir

teringin gak nak bergambar.....asyik ambik gambar org ja kan. sedang mununggu murid2 dan guru2 yg belum tiba..(kiranya kami bertiga nie org terawal sampai la)

GB sedang memberi taklimat kepada murid2.........alamak,taklimat kepada guru2 lupa plak nak snap tadi. ho la,dok dlm bilik meeting beraircord gitu...

Inila tempat duduk baru AQ...ok tak??? ok la dari xde kan............nie kes aniaya tadi.cikgu2 laki ubah meja, terus AQ dpt meje yg kakinya sudah tercabut (tapi sudah cover la,letak semula w/pun xsebaik mana).Naik angin aku jgk td. Itula namanya manusia, tidak puas dgn apa yg diberi. Kalau bole nak lebih drpd org lain kan. Sabar ajela.........

Berdoa di awal pagi.....sory la silap susun tadi.xpa janji ada utk tontonan semua. Nak letak byk2 gambar satgi, berat plak AQ punya blog nie.Dah la baru dok belajar buat, hari2 mau buat catatan baru. pasni xde masa susah la plak.
Okey kawan2, jumpa lagi di lain waktu....wassalam

Sunday, November 7, 2010

HARI PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TASKI UMMU AIMAN

    Pendekatan pembelajaran di Taski UMMU AIMAN adalah "AWAL BELAJAR MENGENAL ALLAH" dengan dasar didikannya berasaskan Al-Quran. Dasar pendidikan ini menjamin manusia menjadikan insan yang cemerlang. Keunikan Al-Quran telah menjadikan sistem didikannya juga sesuatu yang unik.
    Berpandukan Al-Quran, kita dapat mengenal pasti Objektif Khusus Pendidikan anak-anak menurut perkembangan dan keperluan anak2 mengikut umur dan faktor2 lain. Walau bagaimanapun proses didikan ini dipengaruhi oleh beberapa persekitaran yg perlu kita sama2 perbaiki dari semasa ke semasa. Antaranya, Persekitaran dalaman (tmpt berlakunya didikan di rumah dan sekolah) , Persekitaran harian (masyarakat, rumah dan sekolah) dan Peribadi pendidik (ibu bapa dan guru).
      Justeru, melalui kesedaran ini marilah kita sama2 membentuk diri dari masa ke semasa dengan acuan Islam yang syumul. Segala natijah kita serahkan kepada ALLAH.

HARI PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
HARI         : SABTU
TARIKH    : 6 NOVEMBER 2010
MASA       : 8.00 - 12.00 TGH HARI
TEMPAT  : DEWAN TASKI UMMU AIMAN,TUNJUNG, PERLIS

ANUGERAH CEMERLANG:
     
 1. Adam Mustaqim bin Mohd Pozi

2. Nuri Amani Bt Abdul Hakim

ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN




 1. BAHASA MELAYU - Mohd Aniq Farhan bin Rasaidi
      
 2. BAHASA INGGERIS- Adam Mustaqim bin Mohd Pozi
         
3. JAWI - Muhammad Afnan bin Mohd Abdul Rahim(my son)

 
 4. SAINS                  - Siti Safiah bt Abdul Rahim
 5. ARAB                  - Azwa Nafeesa bt Roslan
 6. MATEMATIK      - Mohd Shamimi b Shariff
 7. HAFAZAN/DOA  - Mohd Syariff b Syafie

ANUGERAH TERBAIK MURID 4 TAHUN

ANUGERAH TERBAIK MURID 5 TAHUN
Hilyatul Husna bt Khidzrul Hafiz

Adam Nadzif b Amran



ANUGERAH AKHLAK TERBAIK

ANUGERAH BIJAK MEMBACA
Mohd Ridzuan b Muhammad Ihsan (L)

Nurul Izzati bt Ramli
Rifqah bt Harun (P)

Siti Nor Fatihah bt Zainon



   ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK


Mohd Auliya Ameen b Fadzil





(sorry pada yg xde gambar tu,xsempat nak snap tadi.......)

Friday, November 5, 2010

ANAK SEDARA BARU,CUCU KE-5 KELUARGA HJ SAMAT

Assalamualaikum pembaca semua,
       Hari nie AQ nak citer pasal anak sedara baru aku....yea la , baru dilahirkan pada 31/10/2010 jam 6.42 ptg di bilik bedah, Hospital Besar Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.
      Selepas je dikuarkan dari perut ibunya, terus dimasukkan ke dlm inkubator sbb ada masalah sket. tu sbb ibunya kena ceaseran masa nak lahirkannya....maknya xsempat tgk pun,terus dibawa ke wad nicu (wad kanak2 br lahir).
      Pada 3hb 11, mak ngan anak dibenarkan kuar sbb wad sudah penuh disbbkan banjir yg berlaku. Fuh, kira hari tu baru pertama kali ibunya lihat anaknya sendiri....hehehhe...dah duduk berasingan,anak di wad nicu, ibu plak di wad bersalin.

hari yg ke 5 (4/11/10)

Comelnyer anak sedara AQ nie....


Ini lah mak dan ayahnya...setahun yg lepas

      Semoga bby nie sihat dan menjadi anak yg soleh....ops..lupa plak,nama blum ditentukan lagi.Baru dok mencari lagi..tunggu hari ke7 baru nak confirmkan nama.....sabar ye.

Wednesday, November 3, 2010

Hari ini dalam Sejarah

           Pengalaman yang tak dapat dilupakan........kesian ngan Inas (adikku no.5), baru ja pas bersalin Ahad 31/10/2010 di Hospital Besar Kangar,Perlis. Hari nie, Selasa 3/11/2010 baru bole kuar sebab bersalin secara ceaseran.Tau-tau ajela,sekarang tgh banjir di Perlis. Hospital pun dah ditenggelami air paras paha. Kesian kat petugas2 hospital yg bertungkus lumus menyelamatkan para pesakit. Tahniah diucapkan....
    
            Berbalik kepada adikku, Inas. Kami terpaksa mengharungi air yg dlm utk pergi mengambilnya di hospital.....xpe la sekali sekala main air bah apa salahnya.

           Masa balik dari hospital, dapatla merasa naik bot penyelamat sbb ada bby ngan adikku. Best gak la...w/pun bot tu berenjin tapi xpasang, sekurang2nya dapat la pengalaman baru.......

Pengalaman naik bot ditolak orang(xpakai enjin)

Baby naik bot (baby terlindung ngan enjin bot). Inas pun sibuk dok ambil gambar....rezeki dia balik ngan bot bersama2 ngan bby yg baru lahir.



Keadaan banjir di sekitar hospital. Para petugas berulang alik menolak bot membawa penumpang samada nak ke wad atau balik dari wad.

Baby naik lori.....setelah mengharung air bah.














semuanya dah selamat sampai ke rumah di Abi,Perlis...............Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada petugas2 di hospital. Jasamu tetap kami kenang hingga akhir hayat. Semoga amalmu di dunia ini mendapat ganjaran di akhirat aminnnnnnnn.

Tuesday, November 2, 2010

RUMAHKU,TAMANKU DI KEPUNG AIR

Keadaan di sekeliling Taman Dato Setia....air  memenuhi jln raya dan kawasan bendang.dlm longkang pun dlm sejengkal lagi air nak naik......

bahagian depan taman

jalan masuk taman



dari dlm kwsn taman

kawasan belakang taman

padang taman(nun jauh tu balai bomba)

rumah berdekatan(blkg tmn) ditenggelami air

keadaaan kawasan bendang

Sunday, October 24, 2010

Teman SerumahKu...Wan Sobar

Inilah teman serumahku sejak Ogos 2008 hingga Jun 2010 ketika aku berada di TMJ,Kampar,Perak.....terima kasih diucapkan atas segala bantuan yg dihulur.
Cian dia skrg,duduk sorg2 jer kat TMJ tu.....xpe la kba, demi mencari rezeki yg halalkan.hehehheheheheh.
Nie gambar ketika hari terakhir aku bersama udin di Kampar. Rindunyer kat umah No.6 tu. Bila la nak sampai sana plak kan???? teringat kat masakan Kba terutama laksam. Sedap hingga menjilat pinggan.

Saturday, October 23, 2010

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

Petua ini sy dapatkan dari laman FB.mg kita manfaatkan bersama2 buat panduan..........

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Kenangan di IPPP 2007

Di rumah En Nasir (KJ selaku mentor kami)

Di laluan ke bilik kuliah A dan B

Ketika BTN, Wang Kelian,Perlis

Program Luar, Pulau Tuba, Langkawi

Inilah sebahagian kenangan aku ketika setahun di IPPP. Banyak kenangan pahit dan manis bersama2 kawan.
Yang baik dijadikan teladan, yg buruk buang jauh2.....mg kwn2 sekalian dapat berbakti pada anak bangsa kita.

Sekolah baru,Bangunan baru

Ramai yg belum dengar kan SK IPGM,Perlis. Kadang tu pi mana2 la,org tanya "ngajar sekolah mana,cikgu?" sy bgtau la, SK IPGM. Sek kat mana tu???? kat dlm maktab,Perlis. La, ada sekolah rupanya. Mcm tu la citernya....xlama lg,semua warga SK IPGM akan berpindah ke bangunan baru. Puas jugakla dok menyental dlm bilik guru tadi....lepas nie pakat2 dpt kerusi meja baru la. Tapi jgn lupa CCTV pun ada.hahahhaha (sory gambar blum tangkap lg)